Tuesday, 18 October 2011

mengenal pasti jenis kesilapan dalam penyelasaian masalah bahagi

Punca-punca Kesilapan

Tidak berhati-hati atau cuai
Keadaan ini wujud di dalam semua kes, baik dalam kes murid yang cerdik mahu pun yang lemah . Ia terjadi kerana murid terlalu gopoh untuk menghabiskan soalan hingga melakukan kecuaian ketika memberi jawapan. Ada juga yang terlalu yakin dengan jawapan yang mereka beri hingga tidak menyemak jawapan sebelum menghantar kertas soalan.
Contoh:













Kebanyakan murid mengaku mereka terlalu ghairah untuk menghabiskan soalan sehingga terlalu asyik menulis jawapan dan tidak peduli untuk menyemak jawapan

Tidak menulis sifar di tempat yang sepatutnya atau tertinggal sifar
Tidak menulis sifar boleh dikategorikan kepada dua kesilapan iaitu terhindar daripada menulis sifar kerana dianggap tidak bernilai atau tidak diperlukan.
Contoh:




Murid mengaku tertinggal sifar dan ada pula mengatakan sifar itu tiada nilai.
Tidak menguasai nilai tempat sa, puluh, ribu, dan puluh ribu dan tidak menulis nilai tempat sa, puluh, ratus, ribu,dan puluh ribu
Ramai murid yang membuat kesalahan ini ragu-ragu tentang nilai tempat. Walaupun mereka tahu jawapan yang betul tetapi oleh kerana kurang arif tentang nilai tempat, mereka menulis pada nilai tempat yang salah. Ada juga di antara mereka mengganggap bahawa mereka boleh menulis di sebarangan bahagian nilai tempat asalkan jawapan itu betul.
Contoh


Kes-kes ganjil
Kes-kes ganjil ini dibahagikan kepada 4 jenis. Pengkaji telah mendapati murid-murid menambah, mendarab dan meletak titik perpuluhan di tempat-tempat tertentu dan kesilapan yang wujud disebabkan oleh murid yang tidak tahu sifir.
Contoh ( i ) Murid menambah untuk mendapatkan jawapan









Contoh ( ii ) Murid mendarab untuk mendapatkan jawapan :
9363 ÷ 3
Contoh (iii) Murid meletakkan titik perpuluhan di tempat – tempat tertentu.
9363 ÷ 3 = 31.21
Contoh (iv) Murid tidak dapat membahagi kerana lemah atau tidak tahu sifir. Murid belum lagi lancar dengan sifir maka membahagi nombor dengan hanya meletakkan sebarang nombor sebagai jawapan

Tidak membaca soalan
Murid didapati tidak membaca soalan dengan berhati-hati. Ada juga responden tidak suka membaca soalan panjang atau merasa terlalu sukar hendak faham soalan panjang. Segolongan responden tidak tahu membaca dan menghadapi masalah membaca walau pun perkataan yang tidak melibatkan matematik


RUMUSAN DAN CADANGAN

Memandangkan jenis kesilapan yang kerap dilakukan oleh murid terdiri daripada tiga punca iaitu cuai, tidak tahu sifir dan tidak membaca dengan lebih teliti; berikut adalah beberapa cadangan bagi mengatasinya.

1. Guru perlu memastikan murid menguasai kemahiran seperti nilai tempat sa, puluh, ratus, ribu, puluh ribu serta menulis nombor mengikut nilai tempat dan sifir darab. Murid mesti cekap dalam operasi darab dan cekap menggunakan sifir darab. Murid boleh diminta melafazkan sifir darab tertentu sebelum permulaan kelas bagi mengingat kembali sifir itu. Membanyakkan latihan darab juga dapat membantu ke arah ini.

2. Lebih tumpuan harus diberi kepada operasi bahagi yang asas dengan nombor ringkas. Pada peringkat awal pengenalan operasi bahagi fakta asas bahagi ini hendaklah ditekankan.

3. Menyemak jawapan dijadikan amalan murid. Selepas selesai mengira semakan jawapan boleh dibuat iaitu mendarab jawapan dengan pembahagi.
24 ÷ 3 = 8
Guru jelaskan apabila didarab jawapan dengan pembahagi akan menghasilkan yang dibahagi. Secara ringkasnya
Semak: Jawapan x pembahagi = yang dibahagi
8 x 3 = 24
25 ÷ 3 = 8 baki 1
Guru mengingatkan murid apabila ada baki, langkah pertama adalah mendarab jawapan dengan pembahagi. Kemudian langkah kedua pula menambahkan baki kepada jawapan dalam langkah pertama
8 x 3 = 24
24 + 1 = 25
Secara ringkasnya
Semak: jawapan x pembahagi + baki = yang dibahagi
8 x 3 + 1 = 25
Secara tidak langsung, murid mendapat latihan pengiraan yang melibatkan operasi bercampur.

4. Sentiasa merujuk kepada sifir ketika mengajar operasi bahagi
1 x 7 = 7
2 x 7 = 14
 












9 x 7 = 63

5. Membuat anggaran jawapan digalakan. Sebagai contoh (Rujuk soalan 2 Ujian Diagnostik II), murid boleh dengan mudah mengira wang yang diterima oleh 10 orang iaitu RM 910.80 . Anggarkan wang yang diterima oleh 12 orang ( bilangan orang lebih 2 daripada 10 ) amaun yang kurang sedikit daripada RM910.80 iaitu antara RM700 –RM800. Kirakan amaun/jumlah yang sebenar diterima dan bandingkan dengan amaun yang dianggarkan tadi.

6. Guru perlu kemukakan pelbagai masalah yang melibatkan operasi bahagi dan juga operasi bercampur . Ini dapat mengelakkan murid mengeluarkan nombor-nombor terlibat dan melakukan operasi bahagi tanpa membaca soalan. Apabila operasi bercampur terlibat, murid perlu membaca dengan teliti bagi mempastikan langkah pengiraan serta operasi yang terlibat.

No comments:

Post a Comment