Tuesday, 29 November 2011

Aktiviti-aktiviti Untuk Memupuk Konsep Penolakan

1.1 Konsep : Mengambil Keluar atau Pengasingan.
Dalam aktiviti untuk konsep ini murid-murid akan:
*mengambil serta membilang objek-objek yang konkrit   (satu-satu,dua-dua dan sebagainya) untuk menjadi satu set objek.
* membilang serta mengeluarkan beberapa objek dari sesuatu  set berkenaan.
* membilang objek yang tertinggal ( dalam satu-satu, dua-dua  dan sebagainya) ketika tamat proses pengasingan.
*  menyatakan secara lisan dalam bahasa komunikasi keseluruhanproses yang telah berlaku, seperti
“ Tujuh diasingkan tiga tinggal empat”     “ Tujuh kurang tiga bakinya empat

Guru menyerapkan bahasa dan istilah matematik dalam proses pengasinganSimbol tolak (-) dikaitkan dengan “asingkan”,“kurang ” atau  “ keluarkan ” dan “ sama ” ( = ) dikaitkan dengan tinggal atau baki.

Kemudian dibimbing menulis ayat matematik bagi keseluruhan proses pengasingan
                                           7   -   3  =      4
Sebagai langkah lanjutan, murid boleh memperihalkan atau menceritakan sesuatu ayat berkenaan untuk memberi  pengertian bagi ayat matematik berkenaan serta  mengaitkannya dengan peristiwa-peristiwa seharian

2.1 Konsep : Perbandingan.
Dalam aktiviti untuk konsep ini murid-murid akan:
*mengambil dua objek yang berasingan.
* menyusun dalam sebaris dan membilang objek dalam setiap set.
* padankan satu dengan satu objek set pertama kepada objek set kedua.
*membilang objek dalam mana-mana set yang tidak ada padanan
yang juga dipanggil perbezaan antara kedua-dua set

3.1 Konsep : Berapa banyak lagi yang perlu ditambah.
Dalam aktiviti untuk konsep ini murid-murid akan:
*menyusun dalam sebaris dan membilang objek yang diperlukan.
* teruskan menyusun proses membilang serta sambung baris objek itu sehingga jumlah yang dinyatakan.
* menjelaskan bahawa operasi tambah itu sebenarnya ialah tolak dengan mengambil balik objek asal.
*membilang objek yang tertinggal itu

Contoh soalan: Salmah ingin melekatkan setem pada sehelai kad yang
ada ruang untuk 10 keping setem. Jika Salmah telah mempunyai 6 keping setem, berapa keping setem lagi perlu Salmah kutip sebelum dia boleh melengkapkan
kad itu.
Guru membimbing pelajar menyatakan ayat matematik.  6   +    (    )    =   1


No comments:

Post a Comment