Operasi bahagi ialah operasi matematik yang terakhir dipelajari oleh pelajar di sekolah rendah. Adalah tidak wajar mengembangkan konsep bahagi secara berasingan daripada konsep operasi darab. Operasi bahagi dikaitkan dengan operasi darab sebagaimana operasi tolak dikaitkan dengan operasi tambah.
Kebanyakan istilah-istilah berkaitan dalam konsep darab digunakan untuk mengembangkan konsep bahagi.Contoh:
a. Lisan : “Tiga kumpulan empat ialah dua belas” (Ayat Matematik :3 X 4 = 12)
a. Lisan : “Berapa kumpulan empatkah dalam dua belas“ Ada 3 kumpulan 4 dalam 12”
Ayat Matematik :12 ÷4 = 3
Guru mesti memperkembangkan kebolehan murid mengenal bilakah operasi bahagi itu diperlukan dalam penyelesaian masalah.
Konsep Pembahagian
1)Konsep bahagi sebagai pengumpulan
Murid mula mengaitkan operasi bahagi dengan proses mencari sebilangan set yang sama besar yang boleh dijadikan daripada sesuatu jumlah objek. Proses ini digelarkan pengumpulan atau pembahagian secara ukuran kerana dalam proses ini murid-murid dikehendaki mengukur sebilangan subset yang kecil yang sama besar daripada objek asal
2)Konsep Pembahagian sebagai pengongsian
Operasi bahagi juga timbul apabila pelajar perlu mengongsikan sejumlah objek secara sama rata dengan beberapa orang kawan, atau apabila membahagikan beberapa orang kepada sebilangan kumpulan tertentu
3)Konsep Pembahagian sebagai songsangan darab
Dalam setiap fakta asas darab ada tiga nombor yang terkandung dalam fakta asas bahagi yang berkenaan, dan operasi bahagi merupakan proses mencari faktor yang tertinggal dalam dalam fakta asas darab.
*Dalam penyelesaian operasi bahagi, pelajar digalakkan mencari faktor yang tertinggal
* Konsep bahagi sebagai songsangan darab boleh digunakannuntuk melengkapkan ayat matematik bagi operasi bahagi
4)Pembahagian sebagai operasi tolak berulangan
Konsep bahagi sebagai operasi tolak berulangan berkait rapat dengan konsep bahagi sebagai proses pemngumpulan. Dalam penyelesaian15 ÷3 = ?, pelajar digalakkan bertanya diri sendiri: “Ada berapa 3 dalam 15”?. Dengan menggunakan pembilang pelajar boleh menentukan 5 kumpulan 3
5)Pembahagian dengan garis nombor
Aspek operasi bahagi ialah operasi tolak berulangan dan boleh diwakili dengan lompatan-lompatan pada garis nombor. Lompatan-lompatan bermula daripada nombor yang dibahagi, bergerak ke kiri menuju sifar
6)Pembahagian dengan tatasusunan
Tatasusunan memberi pola tentang kedua-dua operasi darab dan bahagi. Apabila seseorang murid berkebolehan menentukan pola tatasusunan terdiri daripada baris-baris dan turus yang diskrit, dia boleh menulis semua fakta asas darab dan bahagi yang berkenaan.Contoh:
3 kumpulan 6 ialah 18 6 kumpulan 3 ialah 18
3 X 6 = 18 6 X 3 = 18
18 ÷6 = 3 18 ÷3 =6











No comments:
Post a Comment