Tuesday, 29 November 2011

Operasi tolak

Operasi tolak biasanya diajar selepas operasi tambah. Ini kerana operasi tambah melibatkan
Penggabungan atau penyatuan dua set, sedangkan operasi Tolak pula berhubung dengan
Pengasingan atau pengurangan  sesuatu set kepada set-set yang kecil. Pendek kata operasi tolak merupakan proses songsangan (menterbalikkan ) operasi tambah.

Konsep operasi tolak
1)Mengambil Keluar / pengasingan
Bermula dengan satu set . kemudian keluar satu subset daripada set berkenaan.

2)Membandingkan 2 set kumpulan
Dua set yang berasingan diberi. Kemudian menyusun semula serta padankan set pertama dengan set kedua. Ahli yang tidak ada pasangannya dikenali baki atau beza

3)Berapa banyak lagi yang perlu ditambah
Bermula dengan satu set.Kemudian perlu tambah berapa lagi supaya dapat satu set keseluruhan.
Contoh: Saya ada 8 ekor ayam dalam sebuah kandang yang boleh menampung 12 ekor ayam. Berapa ayam lagi saya boleh masukkan ke dalam kandang.

4)Konsep tolak sebagai songsangan tambah
Dalam konsep tambah, dua set objek dicantumkanuntuk menghasilkan satu setyang lebih besar,kemudian bilangan objek dalam set baru ditentukan.Jika kita bermula dengan set yang besar dan mengasingkannyakepada dua setserta mencari berapa banyak objekdalam setiap set itu, inilah operasi tolak. Proses yang terlibat disini ialah songsangan proses untuk tambah.

5)konsep tolak sebagai penyekatan
Dalam konsep ini ahli-ahli dalam sesuatu set tidak dikeluarkan tetapi perlu diubahsuaikan kedudukannya untuk menepati sesuatu syarat. Konsep set pelengkap biasanya dikaitkan dengan model ini.(Objek tidak diasingkan, tidak dibandingkan dan tidak ditambah. Objek
dalam set berkekalan tetapi boleh dikumpulkan mengikut sesuatu yang diberi. Lepas itu murid perlu mengira pelengkap set.
Contoh: Terdapat 5 buah kereta dalam satu tempat letak kereta. 2 buah kereta ialah kereta sport dan yang lain ialah van. Berapakah buah kereta van?



No comments:

Post a Comment