Wednesday, 30 November 2011

Tersalah konsep dalam menyukat

Jika kita muatkan sesuatu ke dalam satu bekas dan bekas itu diperkenalkan kepada murid-murid sambil berkata “yang mana lebih?” Kesalahan konsep dalam menyukat sering berlaku pada murid-murid. Guru perlu lebih berhati-hati dan tahu mengenai kesilapan konsep pada sesetengah murid-murid yang memerhatikan  muatan.
Ramai murid-murid datang ke sekolah dengan mengetahui sedikit konsep ukuran panjang dan sedikit perkataan yang berkaitan tetapi hanya sedikit idea mengenai muatan. Semasa perbandingan dibuat dengan membandingkan 2 bekas, murid-murid selalunya membuat perbandingan ukuran panjang lebih daripada muatan. Bila ditanya yang mana lebih isinya, bekas yang tinggi yang akan dipilih oleh kanak-kanak walaupun yang rendah itu sebenarnya banyak isinya. Oleh itu adalah lebih baik belajar mengenai jumlah muatan dahulu sebelum mengajar perbandingan.
Untuk membuat perbandingan yang terus, kita memerlukan beberapa jenis benda seperti air dan pasir yang mudah bagi murid-murid. Berikan berbagai jenis bekas, murid-murid boleh mengisi satu dan curahkan ke dalam bekas lain untuk melihat yang mana isinya lebih.

No comments:

Post a Comment